Tips Untuk Kekal Produktif Walau Bekerja Dari Rumah

[vc_row type=”in_container” full_screen_row_position=”middle” column_margin=”default” column_direction=”default” column_direction_tablet=”default” column_direction_phone=”default” scene_position=”center” text_color=”dark” text_align=”left” row_border_radius=”none” row_border_radius_applies=”bg” overlay_strength=”0.3″ gradient_direction=”left_to_right” shape_divider_position=”bottom” bg_image_animation=”none”][vc_column column_padding=”no-extra-padding” column_padding_tablet=”inherit” column_padding_phone=”inherit” column_padding_position=”all” background_color_opacity=”1″ background_hover_color_opacity=”1″ column_shadow=”none” column_border_radius=”none” column_link_target=”_self” gradient_direction=”left_to_right” overlay_strength=”0.3″ width=”1/1″ tablet_width_inherit=”default” tablet_text_alignment=”default” phone_text_alignment=”default” column_border_width=”none” column_border_style=”solid” bg_image_animation=”none”][vc_column_text]Tips Untuk Kekal Produktif Walau Bekerja Dari Rumah | One Heart Print

Dengan suasana Norma Baharu sekarang, bekerja dari rumah sekarang jadi satu kebiasaaan. Jika sebelum ini setiap pagi kita berpusu-pusu ke pejabat, sekarang lebih ramai yang hanya bekerja di sofa dan meja makan. Semua tugasan kerja perlu diselesaikan dalam suasana yang berbeza. Nak dibandingkan dengan suasana pejabat, memang macam langit dan bumi.

Hasil kerja perlu sama, tapi suasana kerja sangat berbeza. Perubahan ini bukan mudah untuk dihadapi.

Kunci kejayaan bekerja dari rumah ialah suasana. Suasana di rumah perlu membolehkan anda untuk fokus dengan tugasan yang perlu diselesaikan. Ini beberapa tips dari One Heart Print yang boleh anda guna untuk bekerja secara lebih produktif di rumah:

Tempah Kad Nama Premium Online Malaysia | One Heart Print

Pilih Ruang Mengikut Keperluan

Mempunyai pejabat di rumah merupakan pilihan yang baik, tapi kadang kala ia tidak sesuai dengan tugasan yang perlu dibuat. Adakah tugasan anda perlukan inspirasi utuk kreativiti? Atau anda lebih perlukan suasana santai untuk kerja yang lebih efisien? Anda mungkin boleh habiskan masa di sofa pada sebelah pagi, dan seterusnya di meja makan, bergantung pada tugasan yang ingin anda selesaikan. Oleh itu, tentukan bagaimana anda membahagikan masa anda. Sebagai contoh, adakah anda lebih kreatif pada waktu pagi? Jika ya, anda boleh luangkan masa pagi dengan menulis atau memerah idea untuk projek terbaru. Pada waktu petang pula, luangkan masa dengan sedikit santai di sofa, semak emel dan selesaikan tugasan kerja anda yang selebihnya.

Hilangkan Gangguan

Tak kira sama ada anda bekerja di pejabat rumah, di dapur mahupun di ruang tamu. Sekiranya terdapat gangguan di sekeliling yang mengingatkan anda tentang kerja-kerja rumah atau hal-hal lain, tumpuan anda pasti terganggu. Setiap kali anda bekerja dari rumah, wujudkan satu “Zon Bebas Gangguan”. Ini akan membantu anda untuk terus fokus terhadap tugasan anda, sama seperti ketika anda bekerja di pejabat. Ahli keluarga yang lain juga lebih mudah memahami apabila anda berada dalam zon ini.

Bersiap-siap

Ramai yang menyangka bahawa bekerja dari rumah bermaksud anda hanya duduk seharian di hadapan rumah dengan berpakaian tidur sahaja. Ini tidak benar sama sekali! Sama juga seperti ke pejabat, anda perlulah bersiap-sedia untuk bekerja secara profesional walaupun anda bekerja di rumah. Bersiap-siaplah seolah-olah anda ingin pergi ke pejabat. Tetapkan satu ritual pagi untuk bersiap-siap (bukan berpakaian santai!), buat secawan kopi kegemaran anda dan lakukan apa sahaja yang anda perlukan untuk mendapatkan mindset dan feeling yang betul dan sesuai. Anda juga mungkin boleh menulis senarai tugasan yang perlu diselesaikan pada hari tersebut (Lihat pilihan Personalized Notebook yang dicetak khas dengan nama anda). Apabila anda telah menetapkan sesuatu niat, peluang untuk menjadi seorang yang lebih produktif adalah lebih tinggi.

Posisi Yang Sesuai

Ada yang merasakan bahawa bekerja di atas sofa atau katil lebih senang dan selesa. Sekiranya anda pilih untuk tidak melakukan kerja di atas meja, pastikan anda mempunyai sekurang-kurangnya sebuah meja kecil yang berdekatan. Meja ini pasti diperlukan untuk meletakkan gelas minuman dan menyusun dokumen-dokumen. Meja kopi atau meja sisi ialah meja yang sesuai digunakan. Selain itu, anda juga boleh guna C-table untuk meletakkan komputer riba agar kedudukannya selaras dengan pandangan anda. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kelenguhan pada leher. Anda juga pasti mahu postur badan anda sentiasa selesa dan terjaga. Oleh itu, sediakan beberapa buah bantal untuk pastikan postur badan anda sentiasa berada dalam keadaan yang betul dan selesa.

[Berkaitan : Tempah Pelbagai Bahan Bercetak Dari Atas Sofa Di Sini]

Nyalakan Lampu

Pencahayaan semula jadi melalui tingkap rumah memberikan pemandangan yang indah. Tapi ia juga boleh mengganggu fokus anda terhadap skrin komputer dan dokumen kerja. Sekiranya cahaya dari tingkap tersebut memudahkan kerja dan pemandangannya tidak mengganggu tumpuan, tidak mengapa. Tapi sekiranya mengganggu, lebih baik anda tutup sahaja jendela dan nyalakan lampu. Lampu meja dan lampu lantai membantu memberikan pencahayaan yang lebih baik sekiranya ruang kerja tidak cukup pencahayaan.

Cipta suasana pejabat di rumah.

Salah satu kelebihan bekerja dari rumah adalah anda dapat mencipta ruang kerja mengikut citarasa tersendiri. Ini mungkin tidak dapat anda lakukan di pejabat. Anda boleh cipta ruang kerja yang selesa dan produktif, bersesuaian dengan cara bekerja anda. Tambah elemen yang boleh beri suasana tenang dan ceria seperti bunga segar, pokok hiasan, lampu, lilin dan kristal yang cantik.

Tetapkan Jadual

Walaupun hanya bekerja dari rumah sekali-sekala, atau beberapa hari seminggu mahupun setiap masa, anda perlu rancang jadual harian. Tetapkan waktu mula, waktu rehat dan waktu tamat bekerja untuk satu hari tersebut. Ini akan membantu anda untuk kenal pasti dan mengikuti progress tugasan anda. Perkara ini juga ibarat mesej kepada rakan sekerja anda bahawa waktu bekerja anda adalah tetap, sama seperti ketika anda di pejabat. Jadi secara tidak langsung, ianya dapat mengelakkan gangguan di luar waktu yang sepatutnya.

Keluar Dari Rumah

Walaupun bekerja di atas katil dan sofa menyeronokkan, kadangkala anda perlukan rehat seketika. Ambil masa untuk berjalan di sekitar kawasan rumah sekurang-kurangnya 10 minit. Segarkan diri untuk cari idea-idea baru. Sekali-sekala tukar angin, pergi ke kedai kopi kegemaran. Jika bersesuaian, boleh juga ke perpustakaan untuk selesaikan tugasan anda. Boleh juga ambil masa keluar ke One Heart Print untuk cetak dokumen-dokumen kerja anda.

Log keluar!

Salah satu aspek utama dan penting bagi rutin bekerja dari rumah yang sihat adalah dengan mencipta sempadan masa. Log keluar setiap hari, bukan sahaja daripada komputer riba anda tetapi juga dari mindset kerja. Boleh pertimbang untuk buat satu ungkapan yang akan anda kata pada diri setiap kali log keluar. Beri signal supaya anda berhenti memikirkan soal kerja pada hari tersebut. Bagaimana  jika idea bernas tiba-tiba muncul selepas waktu bekerja? Jangan risau, anda hanya perlu tulis idea tersebut dan sambung fikirkannya pada keesokan hari. Hanya kerana anda mempunyai akses untuk bekerja pada bila-bila masa, tidak bermakna anda perlu sentiasa log masuk 24 jam seminggu. Beri peluang pada diri untuk mempunyai waktu rehat yang cukup. Pastikan kehidupan seharian dan waktu kerja adalah seimbang.

Lebih Jimat, Lebih Produktif

Zaman sudah berubah. Tak perlu lagi bersusah-susah pergi ke kedai untuk kerja-kerja percetakan. One Heart Print menyediakan pelbagai medium tempahan online yang memudahkan kerja anda. Emel, mesej atau tempah terus di kedai printing online kami. Pelbagai pilihan produk percetakan tak kira Percetakan Dokumen, Digital, Offset mahupun Inkjet. Hubungi sahaja kami dan beritahu keperluan anda. Pasukan jualan kami sedia membantu.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Shopping Cart
Open chat
Perlukan Bantuan?
Hi. Perlukan Bantuan?