Jenis Sticker Untuk Label Produk | One Heart Print
Sticker Label

Jenis Sticker Untuk Label Produk

By January 8, 2021January 16th, 2021No Comments

Semakin ramai yang mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Apabila bercakap tentang bisnes, tak kira bisnes kecil atau besar, sudah pastilah jenama atau produk yang dibangunkan memerlukan identiti tersendiri supaya dikenali oleh para pelanggan yang berpotensi.

Selain kad bisnes, pelekat label atau sticker label merupakan antara perkara utama yang perlu diambil kira dalam proses membangunkan sesuatu produk. Namun, masih ramai yang keliru dengan jenis material sticker apa yang perlu digunakan yang sesuai dengan produk yang ingin dijual.

Terdapat pelbagai jenis material di One Heart Print yang boleh digunakan sebagai label produk dan setiap material mempunyai kegunaan dan kelebihan yang tersendiri. 

 

  1. Sticker Mirrorkote (murah & ekonomi)
  2. Sticker Transparent (kalis air)
  3. Sticker White PP (kalis air)
  4. Jenis Sticker Lain

Sticker Mirrorkote

Sticker Label Product Round Mirrorkote Online Malaysia | One Heart Print

Material sticker jenis Mirrorkote adalah sticker berasaskan bahan kertas. Nama Mirrorkote diambil daripada istilah mirror-coated, iaitu merujuk kepada sifat permukaan yang licin dan berkilat.

Material sticker ini sangat popular dan sering digunakan dalam pembungkusan produk. Ia sesuai ditampal pada permukaan pembungkusan yang rata seperti kotak, bekas plastik, besi dan kaca. Mirrorkote Sticker popular di kalangan pelanggan One Heart Print kerana ianya murah dan cepat dihasilkan.

Sticker Mirrorkote tidak tahan air. Walaupun kebiasaannya dakwat cetakan yang digunakan adalah kalis air, namun material ini mudah rosak jika terkena air kerana pembuatannya yang berasaskan bahan kertas.

Antara produk yang menggunakan material ini adalah botol minyak masak, botol kicap, tin susu dan juga pelekat untuk cenderahati majlis.

 

[Berkaitan : Semak harga dan buat tempahan sticker secara online di sini]

Sticker Transparent (Lutsinar)

Print Sticker Custom Transparent Online Malaysia | One Heart Print

Selain itu, pelekat label jenis lutsinar atau OPP Transparent adalah berasaskan daripada bahan plastik. Sticker jenis transparent ini sering digunakan pada barang kosmetik, terutamanya produk Kesihatan dan Kecantikan.

Ia sering dicetak dengan design minimalist untuk memberikan imej eksklusif kepada produk bagi menarik minat pelanggan. Selain itu, material jenis ini juga sering digunakan pada produk berasaskan makanan, botol plastik dan kaca.

Kebiasaannya pelekat label lutsinar ini digunakan pada bekas plastik lutsinar, botol kaca dan tin besi. Ini menyerlahkan lagi kata-kata atau jenama yang dicetak pada label.

Oleh kerana material sticker jenis transparent ini diperbuat berasaskan plastik, kos sticker ini kebiasaannya lebih tinggi berbanding sticker berasaskan kertas yang lain.

Sticker White PP

Print Sticker Custom White PP Online Malaysia | One Heart Print

Seterusnya, material sticker jenis White PP atau pelekat label PVC pada dasarnya diperbuat daripada kertas plastik yang glossy dan amat sesuai digunakan untuk produk sejuk beku atau produk yang terdedah dengan air. Ia agak nipis berbanding sticker lain namun tidak mudah koyak apabila ditarik.

Material sticker ini tidak boleh dicetak menggunakan mesin pencetak inkjet yang biasa. Ia lebih sesuai menggunakan dakwat pencetak laser berkualiti tinggi seperti yang digunakan di One Heart Print. Selain produk sejuk beku dan minuman sejuk, syarikat yang menjual produk kosmetik dan produk mandian juga sering menggunakan material sticker jenis White PP ini sebagai pelekat label.

Jenis Sticker Lain Yang Juga Digunakan

Selain jenis-jenis sticker yang yang disebutkan di atas, material-material berikut juga turut digunakan.

 

Sticker Synthetic

Jenis material kertas sintetik juga digunakan sebagai pelekat label untuk produk. Kebiasannya, pelekat label jenis ini digunakan pada produk makanan sejuk beku dan minuman. Selain itu, produk kosmetik dan mandian juga sering menggunakan material jenis kertas sintetik ini sebagai pelekat label.

Material jenis ini tahan lasak, sangat sesuai untuk produk yang memerlukan ketahanan air dan minyak. Ia alternatif kepada Sticker White PP.

 

Sticker Simili

Material lain yang boleh digunakan sebagai pelekat label adalah Simili atau Printing Paper Sticker.

Material ini hanya boleh digunakan pada permukaan yang kering sahaja. Fungsi Printing Paper Sticker adalah memudahkan untuk menulis dan material sticker ini juga bersifat ekonomikal.

 

Sticker Silver

Material jenis bright dan matte silver polyester pula sesuai digunakan untuk produk yang memerlukan ketahanan yang tinggi.

Baik di dalam atau di luar kawasan rumah dan sangat ideal digunakan sebagai label amaran, info ataupun panduan cara penggunaan produk. Kebiasaannya, pelekat label yang menggunakan material ini sering digunakan pada produk elektrik, tanda amaran di panel kawalan dan servis.

Nak Guna Sticker Apa?

Secara kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis material sticker di One Heart Print yang boleh digunakan sebagai pelekat label bagi produk anda. Oleh itu, sebelum menempah sticker label, bisnes-bisnes tertamanya mereka yang baru sahaja ingin berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dan ingin mencetak sticker label jenama sendiri perlu mengetahui jenis-jenis sticker label yang sesuai digunakan untuk sesuatu produk bagi mengelakkan pembaziran selain mengurangkan kos produk yang ingin dijual.

Masih Tak Pasti?

Hubungi kami untuk berbincang dan dapatkan pengesahan material sticker yang sesuai dengan produk dan kotak anda. Hubungi kami di sini.

 

Berhubung Dengan Kami

Atau terus tempah sticker anda secara online.

 

Invite & Earn

X
Signup to start sharing your link
Signup