Kelebihan Tread Sewn Binding

Apabila mempertimbangkan jenis binding buku mana yang hendak digunakan, amat penting untuk melihat tujuan apa buku itu digunakan. Jika anda mahu menghasilkan buku yang tahan lama dan berkualiti tinggi selain boleh dibuka rata, anda mungkin mahu menggunakan thread sewn binding.

Secara umumnya, thread sewn binding mempunyai tahap ketahanan yang lebih tinggi berbanding perfect binding.

Buku dengan thread sewn binding menawarkan lapisan keselamatan tambahan dan oleh itu sering digunakan untuk penerbitan seperti Buku Laporan Tahunan, Katalog dan Brosur.

Buku yang dijilid dengan kaedah thread sewn binding juga mempunyai kelebihan tambahan iaitu boleh dibuka dan diletakkan rata.

✓ Kukuh dan tahan lama

✓ Buka rata

Bagaimana kami menghasilkan buku thread sewn binding?

Helaian-helaian muka surat dikumpul mengikut seksyen (16 muka surat setiap satu seksyen) kemudian dilipat sebelum dijahit dengan benang. Blok buku yang terhasil seterusnya diletakkan gam panas cair yang digunakan untuk dilekat pada tulang sisi buku.

Masih tidak pasti gaya binding yang paling sesuai dengan keperluan anda? Bercakap dengan kami dan kami berbesar hati untuk membantu anda.

Shopping Cart
Open chat
Perlukan Bantuan?
Hi. Perlukan Bantuan?