Binding Jenis Apa Yang Sesuai Untuk Majalah?

Sesetengah orang fikirkan cara menentukan jenis binding yang sesuai untuk majalah ialah dengan melihat jumlah muka surat. Secara am, kaedah saddle stitch digunakan untuk majalah dengan jumlah muka surat kurang dari 48 muka, manakala kaedah perfect binding digunakan untuk majalah yang mempunyai jumlah muka surat lebih dari 96 muka. Tetapi sebenarnya ada banyak perkara perlu dipertimbangkan selalu dari cara asas ini. Macam mana jika majalah yang ingin dicetak mempunya jumlah muka surat antara 48 dan 96 muka?

Ketebalan kertas dan kaedah percetakan juga mempengaruhi jenis binding yang sesuai. Di sini kami berikan anda lebih banyak maklumat tentang kedua-dua pilihan kaedah penjilidan (binding) buku ini. Selepas anda maklumat yang cukup, anda boleh dengan mudah menentukan jenis penjilidan yang paling sesuai untuk majalah anda.

Saddle Stitching

Saddle stitching merupakan bentuk penjilidan majalah yang paling asas dan murah. Ia adalah pilihan yang paling murah daripada semua kaedah penjilidan buku yang ada hari ini. Halaman bercetak dikokot (staples) dan kemudian dipotong mengikut saiz. Kaedah binding ini paling biasa digunakan untuk bahan cetakan buku dengan bilangan halaman yang sedikit.

Kaedah binding majalah jenis ini sangat sesuai jika anda menggunakan kertas dengan berat yang sama untuk bahagian dalam dan luar (cover). Ini adalah salah satu kelebihan saddle stitch. Ia memberi anda pilihan sama ada ingin gunakan kertas yang berbeza untuk bahagian dalam halaman dan kulit (cover), atau jenis kertas yang sama bagi kedua-duanya.

Tetapi masalah dengan saddle stitch timbul jika majalah anda mempunyai sekitar 80 halaman. Bergantung pada jenis kertas yang anda gunakan, ada kemungkinan majalah anda tidak akan tertutup dengan kemas dan rata. Jika majalah anda lebih tebal daripada 6mm, anda perlu memilih kaedah perfect bind.

Selain itu, jika anda memilih kaedah saddle stitch, anda tidak boleh mencetak tulang sisi majalah. Ini menyebabkan identiti majalah sukar dilihat dari sisi lebih-lebih lagi apabila disusun secara berdiri di rak. Selain itu, perlu juga anda ingat bahawa dawai kokot (staples) lambat-laun akan merosakkan kertas, seterusnya memendekkan jangka hayat majalah anda.

Apabila menggunakan saddle stitch sebagai pilihan untuk majalah, anda perlu membuat halaman sebelah dalam lebih kecil daripada kulit luar. Semakin banyak halaman di dalam majalah, semakin kecil ruang penulisan bahagian dalam. Ini bagi memastikan kesemua kandungan sejajar dengan yang lain apabila ia dilipat. Oleh itu, anda mungkin perlu membuat beberapa pelarasan design dan layout untuk keperluan ini. Pelarasan ini lebih diperlukan sekiranya anda mencetak majalah dengan saiz kecil ditambah jumlah halaman yang tinggi.

Saddle Stitch juga mengehadkan variasi kertas yang boleh digunakan. Memandangkan cetakan dibuat menggunakan helaian besar kertas yang kemudiannya dilipat, akan ada kekangan sekiranya anda ingin menggunakan warna kertas yang berbeza.

Walau bagaimanapun, sebab utama mengapa orang memilih untuk menggunakan Saddle Stitch adalah kerana mudah dan ringkas. Hampir setiap syarikat seperti One Heart Print yang menawarkan perkhidmatan percetakan buku boleh melakukan jahitan in-house dengan cepat. Ini, sudah tentu, boleh jika file majalah yang anda sediakan memenuhi kriteri-kriteria untuk kaedah binding ini.

Perfect Binding

Perfect Binding sesuai digunakan sebagai pilihan binding majalah jika anda mempunyai majalah dengan jumlah halaman yang banyak. Kaedah binding buku jenis ini biasanya digunakan sebagai penyelesaian untuk majalah dengan lebih daripada 30 halaman. Di One Heart Print, kami boleh menjilid buku secara Perfect Bind sehingga ketebalan 45mm.

Kaedah Perfect Binding pada kebiasaannya lebih mahal daripada saddle stitch, tetapi ia memberi nilai tambah kepada hasil akhir. Majalah dengan Perfect Binding mempunyai tulang sisi buku yang rata, memberikan ruang untuk menambah reka bentuk dan tulisan padanya. Ini menjadikan majalah mudah dilihat dan dikenal pasti di rak jualan.

Majalah yang dijilid secara perfect bind memudahkan anda bermain dengan kreativiti. Anda juga boleh menggunakan warna, berat dan kemasan kertas yang berbeza di mana-mana sahaja helaian yang anda suka. Terdapat banyak variasi yang boleh anda mainkan semasa mereka naskhah majalah anda, namun semuanya akan mempengaruhi kos cetakan.

Kelebihan utama menggunakan perfect binding ialah jangka hayat yang ia berikan kepada majalah anda. Tidak seperti saddle stitch, perfect binding tidak merosakkan kertas dalam tempoh masa yang lama. Walaubagaimanapun, perfect binding tidak disyorkan untuk cetakan buku yang perlu diletak rata apabila dibuka untuk dibaca.

Untuk buku yang boleh dibuka secara rata, boleh lihat Thread Sewn Binding di One Heart Print.

Shopping Cart
Open chat
Perlukan Bantuan?
Hi. Perlukan Bantuan?