Thread Sewn Binding merupakan salah satu kaedah binding buku tertua, tetapi masih kekal digunapakai hingga kini kerana kualiti ketahanannya. Setiap muka surat dijahit bersama dengan jahitan benang mengikut ketebalan tulang buku. Pilih jenis binding buku yang sesuai supaya hasil akhir buku anda menepati ciri yang diperlukan.

 

THREAD SEWN BINDING

 

Book Thread Sewn Binding Printing | One Heart Print

Nak Cetak Buku?

APA ITU THREAD SEWN BINDING

Thread Sewn Binding merupakan kaedah binding buku yang paling tahan lasak dan kekal lama. Ia selalu digunakan untuk buku teks, jurnal, ensiklopedia, buku kanak-kanak dan buku perpustakaan. Terdapat banyak kaedah untuk menjilid buku. Setiap kaedah mempunyai kelebihan dan penggunaan tersendiri bergantung kepada tujuan cetakan. Banyak buku-buku tertua dalam dunia menggunakan kaedah thread sewn binding membolehkan buku tersebut kekal tahan hingga hari ini.

PROSES THREAD SEWN BINDING

Semasa proses binding buku dengan kaedah thread sewn dibuat, semua helaian muka surat disusun mengikut kumpulan 16 hingga 24 muka surat, dipanggil seksyen (atau signature). Kemudian semua muka surat tersebut dilipat dan dijahit di sepanjang garis lipatan. Benang dijahit melalui setiap helaian lipatan sebanyak beberapa kali sebelum diikat. Setelah selesai, kesemua seksyen dijahit pula bersama dan membentuk apa yang dipanggil blok buku. Gam diletakkan disepanjang hujung jahitan untuk memastikan buku terikat kuat. Kulit buku kemudian dilekat pada tetulang tepi buku menjadikannya kemas. Thread Sewn Binding selalunya digunakan untuk buku dengan kulit jenis Hard Cover.

Perlukan Bantuan?

Kenapa Ramai Pilih One Heart Print?

.

✔️ Mudah Urusan

✔️ Cetakan cantik

✔️ Servis dipercayai ramai

✔️ Harga terbaik

✔️ Kualiti dijamin

#ThreadSewn #BindingThreadSewn #BookPrinting #BookBinding #BestBinding #HighQualityBooks

Shopping Cart
Open chat
Perlukan Bantuan?
Hi. Perlukan Bantuan?