Buku : Apa Itu Saddle Stitch

Saddle Stitch Binding merupakan salah satu kaedah penjilidan buku yang paling popular pada hari ini. Dalam saddle stitch binding, helaian kertas besar dilipat dan disusun sekali sebelum diikat dengan dawai kokot (staples) pada garis lipatan. Tindanan ini diletakkan di atas besi penahan, dengan setiap sisi tergantung seperti kaki tergantung di atas pelana kuda (kerana itu ia dipanggil saddle stitch). Kemudian, dawai kokot ‘dijahit’ antara helaian kertas. Secara umum, dua staples adalah standard untuk kebanyakan buku. Namun sekiranya perlu, lebih staples akan digunakan untuk buku yang bersaiz besar.

Berapa banyak halaman yang boleh saya ada dalam buku saddle stitch?

Halaman untuk buku saddle stitch mesti dikira dalam gandaan empat. Ini termasuk muka (cover) depan dan belakang. Jika anda melipat satu helaian kertas menjadi dua, secara semula jadi anda akan mempunyai 4 ‘halaman’ yang berbeza. Setiap helaian kertas tambahan yang ditambah selepas ini akan meningkatkan kiraan halaman sebanyak 4. Akibatnya, bilangan halaman minimum dalam buku saddle stitch ialah 4. Manakala bilangan muka surat maksimum bergantung pada pelbagai faktor termasuk ketebalan kertas. Selalunya had maksima ialah 64 halaman. Tetapi dengan kertas nipis, anda boleh dapat sehingga sekitar 80 muka surat. Jumlah muka surat yang terlalu banyak akan menyebabkan sesebuah buku saddle stitch jadi terlalu tebal dan tidak kemas.

Apa kelebihan saddle stitch?

Hari ini, penjilidan buku dengan kaedah saddle stitch masih merupakan kaedah paling kos efektif dalam menghasilkan brosur dan buku berkualiti. Ramai pelanggan One Heart Print memilih kaedah ini khususnya untuk tempahan dalam kuantiti banyak dan dihantar dalam jarak jauh. Beratnya yang sederhana menjadikan menjadikan kos pengangkutan agak rendah.

Shopping Cart
Open chat
Perlukan Bantuan?
Hi. Perlukan Bantuan?