Design Tips

25 Laman ‘Stock Photo’ Untuk Download Gambar Percuma (Bahagian 1)

By March 31, 2019 No Comments

Menghadapi kesukaran mendapatkan imej atau gambar? Ini sumber-sumber imej dan gambar yang boleh anda download secara percuma.

Anda bebas untuk menggunakan imej dan gambar ini tidak kira sama ada untuk kegunaan online di laman web & media sosial mahupun bahan-bahan bercetak seperti poster, flyers, brochure, banner & bunting. Boleh juga digunakan untuk penyediaan dokumen rasmi seperti profil syarikat dan laporan tahunan.

Ini sebahagian daripada senarai 25 laman ‘Stock Photo’ untuk download gambar dan imej secara percuma (Bahagian 1) :

1. Flickr

Tips-Design-Stock-Photo-Percuma-Flickr | One Heart Print

Flickr ialah rangkaian sosial perkongsian foto. Laman-yang mempunyai lebih daripada lima bilion imej- ini menghimpunkan jurugambar profesional dan amatur dari seluruh dunia.

Foto-foto di Flickr dikenali kerana mengandungi metadata yang kaya, termasuk maklumat geolokasi, data EXIF, tag dan banyak lagi. Jadi, jika anda ingin mencari gambar yang diambil di Perancis, pilih World Map di bawah Explore, dan klik pada salah satu titik merah jambu yang muncul di negara itu. Jika anda ingin mencari imej tentang sesuatu, taip sahaja istilah tersebut dalam bar carian di penjuru kanan sebelah atas halaman utama Flickr. Beribu-ribu hasil akan dijumpai. Selain itu, Flickr membolehkan anda cari mengikut kategori trending photos dan recently added photos. Anda juga boleh meneroka galeri dan mencari koleksi jurugambar tertentu dengan mengklik pada nama pengguna mereka.

Perlu diingat bahawa tidak semua foto di Flickr boleh diguna secara percuma – terutamanya untuk kegunaan komersial. Tetapi mudah untuk mengetahui yang mana boleh digunakan. Lakukan carian imej, dan kemudian klik menu Any licenses dan pilih penggunaan Commercial use allowed.

Sekiranya anda tidak mahu melihat iklan semasa anda melayari Flickr, One Heart Print sarankan anda untuk dapatkan langganan premium bebas iklan untuk USD 5.99 / bulan. Langganan premium juga dilengkapi dengan storan tanpa had (pengguna percuma terhad kepada 1TB penyimpanan).

2. Google Images

Tips-Design-Stock-Photo-Percuma-Google-Images | One Heart Print

Google Images ialah carian foto dan imej yang dibawakan oleh enjin carian popular Google. Anda boleh menggunakan carian Google yang biasa dalam carian imej anda. Kemudian anda boleh menapis hasil carian dengan jenis fail, saiz imej, warna, dan tarikh. Anda juga boleh melakukan carian imej terbalik: Jika anda mempunyai imej yang anda ingin gunakan, tetapi anda tidak pasti tentang hak ciptanya, anda boleh buat carian menggunakan imej itu untuk mengetahui sumber asalnya.

Carian Google Images kebanyakannya akan memaparkan hasil gambar yang tidak dibenarkan Untuk diguna bagi tujuan komersil. Anda perlu mengubah suai tapisan: Di halaman Google Images, klik Tools> Usage Rights, kemudian pilih Labeled for reuse atau Labeled for reuse with modification jika anda ingin mengubah suai imej sebelum menggunakannya. Tetapi ingat: penting untuk semak hak penggunaan imej dihalaman asal untuk memastikan imej tersebut benar-benar boleh digunakan secara percuma.

3. Picjumbo

Tips Design Stock Photo Percuma Picjumbo | One Heart Print

Perlu imej percuma untuk reka bentuk laman web atau blog post anda yang seterusnya? Cuba Picjumbo.

Dengan foto-foto baru yang ditambah setiap hari, terdapat pelbagai pilihan imej berkualiti tinggi yang sesuai dengan pelbagai topik yang berbeza.

4. Stockpic

Tips Design Stock Photo Percuma Stockpic | One Heart Print

Jurugambar Ed Gregory dengan murah hati menyediakan 10 foto baru setiap dua minggu yang boleh anda gunakan di laman web atau bahan bercetak.

Anda boleh lihat 100 gambar terkininya di sini, atau lihat gambar mengikut kategori seperti landskap, haiwan dan teknologi. Terdapat banyak pilihan yang boleh anda cari mengikut kesesuaian.

Pusat Percetakan One Heart Print

Dibuka 7 Hari Seminggu

Perlu Khidmat Percetakan? Hubungi One Heart Print. Isnin hingga Ahad.

5. Kaboompics

Tips Design Stock Photo Percuma Kaboompics | One Heart Print

Karolina, seorang pereka web dari Poland, merupakan pengasas kepada sumber gambar berkualiti tinggi yang hebat ini. Dari fesyen ke makanan hinggalah landskap. Gambar yang disediakan meliputi pelbagai keperluan yang berbeza. Selain itu, pengguna mempunyai kebebasan untuk menggunakan gambar di Kaboompics untuk apa sahaja tujuan sama ada komersial mahupun peribadi.

Walaupun tidak disyaratkan sebarang atribusi rasmi, Karolina meminta anda memasukkan kredit foto dengan meletakkan pautan kembali ke laman kaboompics. Ini membantunya mengembangkan laman web, dan seterusnya, memberikan gambar yang lebih banyak untuk kegunaan semua orang.

6. Startup Stock Photos

Tips Design Stock Photo Percuma Startup Stock Photos | One Heart Print

Take ’em, these things are free. Go. Make something.”

Dengan slogan Twitter seperti ini, sukar untuk tidak mengambil apa yang ditawarkan Startup Stock Photos.

Walaupun namanya ini khusus untuk startup, terdapat banyak pilihan gambar profesional yang boleh digunakan tidak kira untuk apa juga industri.

7. Freerange

Tips Design Stock Photo Percuma Freerange | One Heart Print

Semua gambar di laman web Freerange datang dari kumpulan jurugambar dalaman, serta komuniti penyumbang luar yang semakin berkembang.

Bukan sahaja pilihan gambar yang banyak, gambar-gambar yang disediakan juga berkualiti: “Imej yang disediakan secara sendiri (in-house) oleh Freerange Stock datang dari dua sumber. Sama ada ia dirakam secara digital menggunakan kamera DSLR Canon atau ia diimbas dengan resolusi tinggi (4000 dpi) menggunakan pengimbas Nikon daripada slaid asal 35mm.” Menurut bahagian ‘About’ laman web Freerange.

8. Libreshot

Tips Design Stock Photo Percuma Libreshot | One Heart Print

Jurugambar dan Perunding SEO Martin Vorel adalah daya kreatif di sebalik foto-foto hebat yang terdapat di laman web ini.

LibreShot.com (sebelum ini freepix.eu) adalah projek personal yang mengandungi gambar percuma untuk kegunaan peribadi dan komersil. Semua gambar dan laman web keseluruhan dihasilkan oleh Martin Vorel. Kesemua gambar boleh digunakan tanpa sebarang had.

9. Burst

Tips Design Stock Photo Percuma Burst | One Heart Print

Burst, yang dikuasakan oleh platform eCommerce terkemuka, Shopify, menawarkan beribu-ribu imej percuma yang boleh anda gunakan untuk design anda, termasuk pemilihan foto berorientasikan perniagaan (contohnya, runcit, eCommerce, kewangan, dan produk). Laman ini menyajikan 28 kategori yang berbeza untuk memudahkan anda mencari imej yang diperlukan.

Sebagai bonus tambahan, Burst dan Shopify menawarkan nasihat tentang cara menjadikan idea perniagaan online anda suatu realiti dan petua tentang bagaimana membuat promosi pemasaran Facebook yang lebih efektif.

10. Stockvault

Tips Design Stock Photo Percuma Stockvault | One Heart Print

Stockvault menawarkan lebih daripada 120,000 foto percuma yang dipecah kepada 11 kategori yang berbeza dan lebih banyak lagi subkategori.

Apa yang membezakan Stockvault ialah bilangan imej bertekstur yang mereka ada-lebih dari 13,000. Laman ini menawarkan 14 subkategori tekstur, termasuk Efek Cahaya, Metal & Rust, dan Tekstur Dirt & Mud. Klik Kategori> Tekstur, dan pilih jenis tekstur yang anda mahukan.

Tips Design

Sudah Selesai Design?