Printing Tips

Senarai Semak Design Untuk Percetakan

By March 19, 2019 March 28th, 2019 No Comments

Design atau artwork perlu disediakan dengan cara yang betul sebelum dihantar ke syarikat percetakan. Ini bagi memastikan hasil percetakan cantik dan tepat seperti apa yang diperlukan.

Berikut ialah senarai perkara yang perlu dipastikan oleh para pereka grafik:

✔️ Pastikan imej dalam mod warna CMYK

Kebanyakan printer menggunakan sistem warna C-M-Y-K. CMYK ialah ringkasan bagi Cyan Biru), Magenta (Merah), Yellow (Kuning) dan K-Black (Hitam). Ini berbeza dengan skrin komputer dan smartphone yang menggunakan sistem warna R-G-B. (Red-Green-Blue). Warna-warna yang dicetak di atas kertas adalah hasil campuran warna Cyan, Magenta, Yellow dan Black.

Apa berlaku jika Artwork/Design dihantar dalam mod warna selain CMYK?

  1. Hasil cetakan menjadi lebih gelap atau sama sekali berbeza warna.
  2. Artwork ditolak dan diminta untuk dibetulkan.
  3. Proses cetakan tergendala dan tidak siap mengikut tempoh.
Senarai Semak Design Untuk Percetakan Beza RGB CMYK | One Heart Print
Senarai Semak Design Untuk Percetakan Design CMYK | One Heart Print

✔️ Resolusi imej 300DPI

Untuk design grafik yang diguna pada skrin dan monitor, 72 DPI sudah memadai. Tetapi tidak bagi design untuk dicetak. Cetakan yang cantik dan tajam memerlukan sekurang-kurangnya 300DPI. Lebih tinggi nilai DPI, tinggi perincian imej.

Apa berlaku jika Artwork/Design dihantar dengan resolusi lebih rendah dari 300DPI?

  1. Hasil cetakan menjadi kabur dan kelihatan pecah.
  2. Artwork ditolak dan diminta untuk dibetulkan.
  3. Proses cetakan tergendala dan tidak siap mengikut tempoh.
Senarai Semak Design Untuk Percetakan Resolusi Imej | One Heart Print

✔️ Saiz/Dimensi Imej Mengikut Ukuran Sebenar

Ini nampak sangat remeh tetapi ia sebenarnya sangat penting. Artwork / design perlu dihantar mengikut saiz yang ingin dicetak. Pastikan juga unit pengukuran yang dimasukkan juga tepat dan tidak bertukar antara milimeter (mm), sentimeter (cm), meter (m), inci (inch) & kaki (ft)

Apa berlaku jika Artwork/Design dihantar tidak mengikut ukuran/dimensi sebenar?

  1. Hasil cetakan menjadi penyek dan tidak berkadaran dengan betul.
  2. Hasil cetkan menjadi kabur dan kelihatan pecah.
  3. Artwork ditolak dan diminta untuk dibetulkan.
  4. Proses cetakan tergendala dan tidak siap mengikut tempoh.
Senarai Semak Design Untuk Percetakan Dimension | One Heart Print

✔️ Semua Font Di’outline’kan

Font yang terdapat di dalam setiap komputer adalah berbeza-berbeza. Tidak semua font yang anda gunakan dalam design dimiliki oleh syarikat percetakan. Tidak meng’outline’kan font menyebabkan fail anda bermasalah untuk dibaca menyebabkan ia tidak boleh diproses untuk cetakan.

Apa berlaku jika Artwork/Design dihantar tidak mengikut ukuran/dimensi sebenar?

  1. Font teks yang dicetak berbeza dengan font teks asal.
  2. Artwork ditolak dan diminta untuk dibetulkan.
  3. Proses cetakan tergendala dan tidak siap mengikut tempoh.
Senarai Semak Design Untuk Percetakan Outlined Text | One Heart Print

✔️ Warna Ink Tidak Lebih 240%

Penggunaan warna pada mana-mana bahagian desgin mestilah tidak lebih daripada 240%. Ini bermaksud, campuran warna C+M+Y+K mesti tidak melebihi nilai 240. Semasa proses menghasilkan design, pilih warna yang mempunyai nilai yang lebih rendah.

Apa berlaku jika terdapat warna dalam design yang melebihi 240%?

  1. Helaian cetakan melekat antara satu sama lain.
  2. Terdapat kotoran ink pada cetakan.
  3. Proses cetakan tergendala dan tidak siap mengikut tempoh.
Senarai Semak Design Untuk Percetakan Had Warna Ink | One Heart Print

Glosari:

  • CMYK – Singkatan kepada Cyan, Magenta, Yellow & Black(K)
  • RGB – Singkatan kepada Red, Green & Blue.
  • DPI – Singkatan kepada Dot Per Inch