Zaman Serba Digital, Tapi Buku Cetak Masih Digemari

Bagi penggemar buku, memiliki buku bercetak fizikal lebih memuaskan hati menurut mereka. Di era yang serba digital ini, e-book reader boleh menyimpan puluhan bahkan ratusan buku dalam peranti bersaiz tablet bahkan ada yang lebih kecil. Dari sudut fungsi, e-book dan buku bercetak fizikal mempunyai fungsi yang sama. Sekalipun begitu masih ada beberapa sebab kenapa masih ramai  menyukai buku bercetak berbanding buku digital membuatkan permintaan percetakan masih tinggi sekalipun perkembangan teknologi semakin pesat.

 

Alasan Buku Cetak Masih Diperlukan

 

1. Rasa Kertas & Buku

Ramai orang menyukai ‘feel’ pengalaman menyentuh dan menyelak setiap helaian kertas yang lembut berbanding menyentuh ‘screen’ peranti e-book reader. Ini bersifat subjektif, ada juga yang tidak merasakan ‘feel’ tersebut jadi mereka lebih suka membaca buku menggunakan e-book reader.

2. Buku Bercetak Boleh Ditulis

Sekiranya anda peminat seseorang penulis terkenal, ada masanya mereka mengadakan sesi pertemuan dengan para peminat. Pada masa itu, pembaca berpeluang mendapatkan tanda tangan penulis yang diminati, tanda tangan asli ditulis pada halaman buku fizikal yang dibeli. Banyak e-book reader mempunyai fungsi ‘notes’ untuk mencatat buah fikiran yang anda dapat dari buku tersebut, tapi fungsi tersebut dah tentu menggunakan bentuk penulisan digital yang tak dapat dibanding dengan tulisan tangan.

 

3. Pengalaman Mencari Buku di Kedai & Pesta Buku

Proses membeli buku merupakan sesuatu yang sangat berbeza antara buku digital dan buku bercetak. Buku bercetak memerlukan proses mencetak terlebih dahulu, menjadikan keperluan percetakan masih tinggi. Selepas itu buku yang sudah dicetak perlu dihantar ke setiap kedai buku sebelum sampai ke mata pembaca. Dalam proses mencari dan melihat buku, anda boleh melihat buku-buku lain yang menarik dan boleh jadi menjadi buku kegemaran. Berbanding proses membeli buku di e-book reader yang boleh anda lakukan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Bagi sesetengah orang, cara tersebut lebih digemari, karena lebih mudah dan praktikal.

 

4. Isu Kesihatan

Banyak pandangan menyatakan bahawa melihat ‘screen’ dalam jangka masa yang lama boleh memberikan kesan yang buruk pada mata seseorang, ini kerana ‘screen’ pada peranti e-book reader memancarkan cahaya untuk menerangi ‘screen’ bagi menjadikan tulisan kelihatan jelas. Bagi pembaca buku bercetak, hal tersebut tidak menjadi masalah kerana halaman kertas tidak memancarkan cahaya sendiri sebaliknya hanya memantulkan cahaya dari sumber sedia ada seperti lampu dan matahari. Meskipun begitu pembaca buku fizikal bercetak masih berisiko mengalami masalah mata sekiranya kerap membaca di keadaan kurang cahaya.

 

5. Cetak Rompak

Masalah yang sudah wujud lama bahkan sebelum e-book reader menjadi popular, cetak rompak karya bertulis. Buku cetak memang terdedah dengan ancaman cetak rompak buku dengan ramainya pihak yang sanggup memiliki buku fizikal dengan cara fotostat. Namun kewujudan e-book reader membuatkan kerja cetak rompak lebih mudah dibuat. Buku-buku yang terdapat pada e-book reader dapat dengan mudah disalin dan dipindah hingga ratusan salinan dalam tempoh singkat hanya dengan menggunakan program komputer.

 

Buku masih menjadi salah satu bahan bercetak yang masih digemari ramai orang, namun perkembangan pesat teknologi membuat jumlah buku bercetak menjadi berkurang dalam rangkaian edaran. 

 

Bagi anda yang ingin mula menulis dan berkarya di dunia buku, anda boleh dengan mudah mencetak buku anda dengan menggunakan platform percetakan online, seperti One Heart Print – servis percetakan pantas dan mudah yang menyediakan khidmat percetakan, pemilihan material yang pelbagai, serta penghantaran ke serata Malaysia. Memudahkan keperluan anda berkarya.

Shopping Cart
Open chat
Perlukan Bantuan?
Hi. Perlukan Bantuan?