Kelebihan Mencetak Buku Secara Digital Bagi Penulis Indie

Bermula awal tahun 2000 mula muncul apa yang disebut self publishing dengan khidmat print on demand yang ditawarkan oleh syarikat percetakan. Penulis indie mulai mencuba nasib dengan mencetak dan menerbitkan buku sendiri, tanpa bantuan syarikat penerbitan buku. Dengan adanya teknologi baru, proses mencetak buku bagi penulis indie jauh lebih mudah dan cepat.
Jika dahulu penulis perlu mencari sendiri percetakan yang sesuai dan membuat kiraan harga sendiri. Sekarang, cara tersebut sudah tidak lagi relevan. Hanya dalam satu platform online, para penulis boleh menggunakan percetakan digital dan menerbitkan buku sendiri dengan mudah.
Ini 7 kelebihan mencetak buku menggunakan percetakan digital secara online bagi penulis indie:

1. Tiada Lagi Birokrasi Penerbit

Penerbit biasanya mempunyai aliran birokrasi tersendiri dalam menerbitkan sesebuah buku. Tujuan penerbit adalah untuk memastikan buku yang diterbitkan berkualiti dan menepati kriteria yang ditetapkan selain mampu terjual. Akan tetapi, birokrasi yang bermacam-macam seringkali menjadi penghalang bagi penulis baru yang belum ada pengalaman dengan penerbit.
Proses review manuskrip yang dilakukan penerbit adakalanya memakan masa sehingga lebih dari 3 bulan. Perkara ini tentu tidak digemari para penulis yang mahukan buku meraka segera diterbitkan. Dengan kaedah self publishing melalui platform percetakan digital, maka tempoh waktu yang lama boleh disingkatkan sesuai dengan kehendak penulis.

 

2. Pendapatan Sesuai Kehendak Penulis

Penerbit memiliki cara penetapan harga buku selari dengan hasil survey terhadap judul atau tema buku yang diterbitkan. Penulis tidak mempunyai sebarang hak menentukan harga jualan buku di pasaran. Untuk sistem royalty, biasanya penerbit menawarkan 10-15% royalti dari nilai jualan buku. Bagi para penulis best seller sekalipun royalty yang diterima biasanya tidak lebih 15% atas nilai jualan setiap buku mereka.
Sementara itu, jika anda menerbitkan buku secara indie melalui percetakan digital online, semua keuntungan jualan yang diperoleh menjadi milik penulis sepenuhnya. Sudah tentu keuntungan perlu dikira selepas menolak kos cetak. Selain itu, penulis juga boleh menentukan harga jualan setiap bukunya jika mencetak atau menerbitkan sendiri.

3. Kiraan Harga Serta Merta

Semasa menerbitkan sebuah buku, khususnya self publishing, budget dan kos sering menjadi kekangan. Para penulis indie biasanya tidak akan mengetahui secara pasti berapa kos cetak yang harus dikeluarkan untuk mencetak satu buku dengan jumlah halaman, pilihan material dan finishing yang diinginkan. Jadi kalau nak cetak kuantiti lebih banyak, adakah kos cetak akan jadi lebih murah atau tak. Pertanyaan-pertanyaan seperti ini selalu mengambil masa untuk mendapat maklumat.
Sekarang, perkara seperti itu bukan lagi sesuatu yang susah. Anda boleh terus menyemak harga cetak buku dengan hanya memasukkan maklumat (muka surat, material cover, material kandungan & jenis binding). Kiraan harga akan terus muncul hampir serta-merta mengikut jumlah buku yang ingin anda cetak.
Dengan fungsi kiraan harga ini, anda boleh menyediakan dan menyesuaikan budget yang ada dengan mengolah manuskrip buku anda. Macam mana? percetakan online untuk self publish buku anda sekarang senang kan?

 

4. Menentukan Tampilan Sesuai Selera (Varied of Material)

Penerbit buku biasanya memiliki hak mutlak untuk menentukan desain dan penampilan buku. Penulis hanya diberikan hak menulis isi buku atau karya di dalamnya, seperti ilustrasi. Namun, untuk urusan desain sampul(dust jacket) atau cover buku penerbit bertanggungjawab sendiri dan menyerahkannya kepada pasukan desain mereka. Tidak setakat desain sahaja, bahkan pilihan material buku seperti kertas, jenis cover dan binding pihak penerbit buku yang akan tentukan semuanya.
Jika anda menerbitkan buku sendiri di percetakan digital (self publishing), penulis boleh menghasilkan karya desain cover sendiri atau bekerjasama dengan jurudesain/illustrator mengikut apa yang penulis inginkan. Dengan itu, buku anda akan lebih menepati karya penulis.

5. Tak Perlu Simpan Banyak Stok Buku (Print On Demand)

Dengan menerbitkan buku sendiri (self publishing),  penulis tidak perlu menyimpan banyak stok buku. Dengan sistem print on demand yang ditawarkan One Heart Print, penulis boleh membuat pre order, kemudian order cetakan buku hanya selepas mendapat pesanan dari pembaca/pembeli. Cara ini dianggap efektif untuk penulis baru yang belum mendapat pengaruh luas dalam kalangan pembaca.

6. Personalized Customization

Di One Heart Print , para penulis indie boleh mencetak buku mereka secara personal untuk setiap pesanan atau pembaca. Dengan teknologi digital yang memiliki fungsi print variable data, kami boleh mencetak secara custom yang berbeza bagi setiap halaman. Misalnya, jika di setiap halaman pertama, penulis mahu meletakkan nama pembaca untuk buat buku yang diterima akan terasa lebih menarik dan bermakna bagi penerimanya.
Kelebihan-kelebihan ini boleh menjadi solusi bagi para penulis indie yang mahu menjimatkan kos cetak buku dan pengedaran. Banyaknya fleksibiliti dalam percetakan yang ditawarkan selain khidmat penghantaran ke serata Malaysia menjadikan proses mencetak dan menerbitkan buku sendiri menjadi lebih mudah. Dengan One Heart Print penulis indie boleh jimat lebih dari 50% kos.
Shopping Cart
Open chat
Perlukan Bantuan?
Hi. Perlukan Bantuan?