Tips Design

Ukuran Saiz Kertas A3 A4 & A5 Dalam CM, MM & Inci

By April 4, 2019 September 7th, 2019 No Comments

Cetakan Pantas & Mudah 7 Hari Seminggu Di One Heart Print. Hubungi Kami Di Sini

Berikut adalah panduan berguna untuk mempelajari saiz kertas yang biasa digunakan dalam urusan percetakan di Malaysia.

. Saiz Dalam Millimeter Saiz Dalam Inci
A0 841 x 1189 33.11 x 46.81
A1 594 x 841 23.39 x 33.11
A2 420 x 594 16.54 x 23.39
A3 297 x 420 11.69 x 16.54
A4 210 x 297 8.27 x 11.69
A5 148 x 210 5.83 x 8.27
A6 105 x 148 4.13 x 5.83
A7 74 x 105 2.91 x 4.13
A8 52 x 74 2.05 x 2.91

Perlu diingat. Terdapat perbezaan di antara saiz akhir produk dan saiz artwork yang dihantar untuk percetakan. Artwork atau design yang dibekalkan perlu termasuk ukuran bleed, anda boleh tahu lebih banyak tentang bleed di sini. Design yang tidak mempunyai ukuran bleed berisiko menyebabkan proses percetakan tergendala. Lihat Senarai Semak Design Untuk Percetakan bagi mengetahui lebih lanjut.

Saiz Kertas A3 | One Heart Print
Saiz Kertas A4 | One Heart Print
Saiz Kertas A5 | One Heart Print

Kertas A3

Sekeping kertas A3 bersamaan dengan dua keping kertas A4 dan 4 keping kertas A5. Ukurannya dalam unit Sentimeter ialah 29.7 cm x 420 cm. Kertas saiz A3 sering digunakan untuk poster dan booklet. Sekalipun saiznya yang agak besar, semakin banyak printer yang dijual dipasaran berupaya untuk mencetak kertas saiz ini. Jika anda tidak mempunyai printer bersaiz A3, datang sahaja ke One Heart Print untuk mencetak dokumen-dokumen anda.

Kertas A4

Kertas A4 ialah kertas yang paling banyak digunakan. Ia juga paling diterima-pakai di kebanyakan negara dalam dunia. Dengan ukuran 21.0 cm x 29.7 cm, kertas A4 digunakan untuk percetakan dokumen, letterhead, borang dan buku. Hampir kesemua mesin pencetak dokumen (home & office printer) yang dijual dipasaran boleh mencetak saiz ini. Selain khidmat percetakan, anda juga boleh dapatkan kertas A4 untuk kegunaan pejabat atau rumah di One Heart Print.

Kertas A5

14.8 cm x 21.0 cm – Kertas A5 adalah separuh daripada kertas A4. Saiznya yang kecil menjadikannya sangat sesuai digunakan sebagai bahan promosi seperti brochure dan flyers.

Buka 7 Hari Seminggu

Pusat Percetakan Sehenti

Buka 7 Hari Seminggu. Isnin Hingga Ahad.

Hubungi One Heart Print

Kenapa One Heart Print?

Dari risalah dan poster hinggalah kad nama dan buku, Pusat Percetakan Sehenti One Heart Print menawarkan cetakan dan penghantaran pada hari yang sama untuk item terpilih. One Heart Print beroperasi 7 hari seminggu, Isnin hingga Ahad, membuatkan segala urusan percetakan anda menjadi mudah. One Heart Print dikenali dengan layanan mesra, hasil cetakan yang berkualiti serta harga yang berpatutan.

Mudah – Cepat – Mesra

Hubungi One Heart Print Sekarang.