ProductSampul Raya

Sampul Raya Untuk Bisnes

By January 29, 2019 March 20th, 2019 No Comments
Sampul Raya Untuk Bisnes Kecil | One Heart Print

Tempahan Sampul Raya 2019 telah dibuka. Untuk kebanyakan bisnes, ini adalah satu peluang pemasaran. Jika dahulu hanya syarikat besar dan korporat sahaja yang mampu untuk cetak Sampul Raya tersendiri, kini syarikat kecil dan sederhana juga berpeluang sama.

Harga Promosi Serendah RM255!

Langkau Artikel & Terus Lihat Sampul Raya One Heart Print

Klik Sini

4 Tips Sampul Raya Untuk Bisnes Kecil

1. KIRA PELANGGAN ANDA

Dengan mengira jumlah pelanggan, anda dapat mengenal pasti berapa jumlah Sampul Duit Raya yang perlu anda cetak. One Heart Print menawarkan kuantiti cetakan serendah 600pcs dengan pilihan pek 5pcs/pek dan 10pcs/pek. Jumlah yang sesuai bagi kebanyakan bisnes kecil.

Bagi syarikat dan bisnes yang mempunyai bajet pemasaran yang terhad, terlebih cetak semestinya sesuatu yang ingin dielak. Oleh itu One Heart Print sangat menggalakkan bisnes dan syarikat mengira dan mengenalpasti pelanggan.

Anda tidak mahu terkurang cetak sehingga ada pelanggan penting yang tidak anda beri.

Anda juga tak mahu terlebih cetak sehingga membazir.

2. BERI KEPADA PELANGGAN TERPILIH

Pelanggan ramai TAPI bajet terhad.

Faktor ini sering menyebabkan bisnes mengambil keputusan untuk tidak mencetak sampul raya sedangkan ia peluang pemasaran yang sangat besar. Jadi apa yang boleh dibuat? Ikut petua ini:

“Siapa cepat dia dapat”

War-warkan kepada pelanggan melalui semua medium pemasaran yang anda ada bagi menimbulkan rasa teruja mereka.

ATAU

“Beri kepada pelanggan terpilih”

Pilih dan beri kepada pelanggan yang menyumbang jumlah belian yang tinggi bagi membuatkan mereka rasa dihargai.

Kedua-dua cara ini akan meningkatkan kesetiaan pelanggan kepada bisnes anda. [Baca Artikel 3 Sebab Untuk Beri Sampul Raya Kepada Pelanggan]

3. BERI KEMUDIAN MINTA

Pelanggan yang menerima pek Sampul Raya dari anda pasti akan rasa dihargai. Untuk buat mereka rasa lebih terkesan, berinteraksi dengan mereka sambil menghulurkan dengan tangan pek Sampul Raya. Cara ini lebih berkesan berbanding jika anda hanya masukkan terus ke dalam beg atau bungkusan barang.

Lebih penting ini adalah peluang paling baik untuk anda minta testimoni atau review dari pelanggan. Pelanggan yang gembira selepas menerima pemberian anda lebih mudah untuk memberi review dan testimoni yang berpengaruh.

4. LABUR SECARA BIJAK

Sampul Raya dibuat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ada yang petak, ada yang memanjang. Ada yang buka dari atas, ada yang buka dari tepi. Kebanyakan Sampul Raya dibuat menggunakan kertas Art Paper, namun ada juga sampul premium yang dibuat daripada material premium bertekstur dan tebal berserta kemasan hot stamping dan emboss.

Bagi bisnes kecil & sederhana, Sampul Raya standard yang dihasilkan oleh One Heart Print sudah memadai. Ia jimat dan murah. Bisnes anda boleh dapatkan sampul ini dengan pelaburan serendah RM255 sahaja! [Mohon Sebutharga Sampul Duit Raya]

Apa Kata Pelanggan One Heart Print

Good service and patient and polite staff. Printing colour very solid and nice with reasonable price ! GOOD!

Tracy Fua

Service yang sangat cepat. Staff beri layanan yang terbaik. Love it!

Mastura Azhar

Servis terbaik, harga berpatutan!

Hamidi Zamri

Awesome service,designers are talented and very creative. Reasonable price..

Nur Suhaili Jaafar

Pekerja yang baik, soft spoken. Highly recommended! ?

Nurul Ibtisam Yaacob

Pertanyaan Sampul Duit Raya

oneheartprint.com

Klik untuk buat tempahan Sampul Duit Raya secara dalam talian.

Navigasi

Klik untuk datang terus ke lokasi One Heart Print. Kami buka 7 hari seminggu, Isnin hingga Ahad.

One Heart Print menerima tempahan mencetak sampul duit raya dan membuat penghantaran ke serata Malaysia (Termasuk Sabah & Sarawak) juga Singapore.