ProductSampul Raya

Sampul Duit Raya 2019 – Apa Perlu Dibuat & Dielak?

By February 25, 2019 March 20th, 2019 No Comments
Sampul Duit Raya 2019

Tempahan Sampul Duit Raya 2019 telah dibuka. Ini satu peluang pemasaran untuk bisnes dan syarikat. Ada yang baru merancang untuk buat pertama kali, ada yang sudah bertahun-tahun melakukannya. Untuk Tahun 2019, ini perkara yang perlu bisnes buat dan elak apabila mencetak Sampul Duit Raya:

Harga Promosi Serendah RM255!

Langkau Artikel & Terus Lihat Sampul Raya One Heart Print

Klik Sini

Apa Yang Perlu Bisnes Buat

1. BUAT SAMPUL UMUM

Ini trend baru. Jika dahulu, Sampul Duit Raya dibuat dengan andaian ia akan terus dibuang. Tetapi sekarang, binses-bisnes mula melihat bagaimana ianya boleh diguna biarpun selepas musim perayaan. caranya ialah dengan membuat sampul umum tanpa sebarang ucapan Hari Raya. Dengan cara begini, sampul yang dicetak tiada tarikh luputdan boleh diguna berulang kali. One Heart Print menyediakan banyak pilihan desain sedai ada Sampul Duit Raya yang umum dan universal.

2. FOKUS PADA JENAMA

Sampul Duit Raya ialah peluang untuk bisnes mengetengahkan jenama mereka. Jenama yang berulang kali dilihat akan lebih lekat di hati dan minda pelanggan. Pastikan logo jenama kelihatan jelas pada sampul.  [Baca Artikel 3 Sebab Untuk Beri Sampul Raya Kepada Pelanggan]

3. GABUNGAN WARNA YANG ‘RINGAN’

Akui sahaja. Secantik manapun desain sesuatu sampul, tiada siapa yang akan menatapnya lebih dari beberapa saat. Pilih gabungan warna yang mudah diproses otak. Mudah untuk sesiapa yang melihat mengingat jenama bisnes samada melalui logo mahupun warna korporat jenama. Ambil perhatian! Warna yang terpapar pada skrin akan mempunyai perbezaan 5-10% apabila dicetak.

4. LABUR SECARA BIJAK

Sampul Raya dibuat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ada yang petak, ada yang memanjang. Ada yang buka dari atas, ada yang buka dari tepi. Kebanyakan Sampul Raya dibuat menggunakan kertas Art Paper, namun ada juga sampul premium yang dibuat daripada material premium bertekstur dan tebal berserta kemasan hot stamping dan emboss.

Bagi Bisnes Kecil, Sampul Raya standard yang dihasilkan oleh One Heart Print sudah memadai. Ia jimat dan murah. Bisnes anda boleh dapatkan sampul ini dengan pelaburan serendah RM255 sahaja! [Mohon Sebut Harga Sampul Duit Raya]

Apa Yang Perlu Bisnes Elak

1. ELAK BERI SECARA SENYAP

Tujuan asal bisnes mencetak Sampul Duit Raya ialah untuk merapatkan hubungan dengan pelanggan serta mengukuhkan jenama. Usaha ini akan sia-sia jika cara sampul yang dicetak sekadar dimasukkan ke dalam bungkusan atau beg secara senyap tanpa interaksi dengan pelanggan. Elak beri secara senyap. Setidak-tidaknya, ucap “Terima kasih, sila datang lagi” berserta senyuman sambil menghulurkan pek sampul raya.

2. ELAK ELEMEN YANG BANYAK

Memandangkan saiz sampul duit agak kecil, elemen atau meklumat yang terlalu banyak boleh menyebabkan sampul kelihatan tidak menarik dan serabut. Oleh itu bisnes perlu mengutamakan apa yang utama.

Bagi jenama yang semakin dikenali, memadai dengan logo dan disertakan laman web di bahagian belakang.

Manakala bagi jenama yang baru bermula dan masih diperingkat awal, boleh ditambah sedikit maklumat tentang jenama dibahagian belakang.

[Baca Artikel 3 Sebab Untuk Beri Sampul Raya Kepada Pelanggan]

3. ELAK TEMPAH LEWAT

Masa yang paling ideal untuk mengedarkan Sampul Duit Raya kepada pelanggan ialah 2 minggu sebelum Hari Raya. Proses cetakan Sampul Duit Raya dengan material dan saiz standard boleh siap seawal 1 minggu dan selewat 3 minggu. Ini bergantung kepada keadaan semasa. One Heart Print menyarankan tempahan dibuat satu minggu sebelum Bulan Ramadan. Sampul Raya standard yang dihasilkan oleh One Heart Print berharga serendah RM255 sahaja! [Hantar Pertanyaan Sampul Duit Raya]

Bagi Sampul Duit Raya Custom, proses cetakan mengambil masa lebih lama. Tempahan perlu dibuat 1-2 bulan sebelum Bulan Ramadan.

Apa Kata Pelanggan One Heart Print

Good service and patient and polite staff. Printing colour very solid and nice with reasonable price ! GOOD!

Tracy Fua

Service yang sangat cepat. Staff beri layanan yang terbaik. Love it!

Mastura Azhar

Servis terbaik, harga berpatutan!

Hamidi Zamri

Awesome service,designers are talented and very creative. Reasonable price..

Nur Suhaili Jaafar

Pekerja yang baik, soft spoken. Highly recommended! ?

Nurul Ibtisam Yaacob

Pertanyaan Sampul Duit Raya

oneheartprint.com

Klik untuk hantar pertanyaan dan mohon sebut harga Sampul Duit Raya secara dalam talian.

Whatsapp

Klik untuk bertanya terus kepada kami tentang Sampul Duit Raya melalui aplikasi WhatsApp.

Navigasi

Klik untuk datang terus ke Pusat Percetakan One Heart Print. Buka 7 hari seminggu, Isnin hingga Ahad.

One Heart Print menerima tempahan mencetak sampul duit raya dan membuat penghantaran ke serata Malaysia (Termasuk Sabah & Sarawak) juga Singapore.