Kualiti Cetakan vs Resolusi Gambar
Kualiti cetakan bergantung kepada kualiti gambar yang anda muat naik. Semak resolusi gambar anda di SINI dan bandingkan dengan panduan berikut:
Hasil cetakan Pecah & Berpetak jika kualiti gambar yang diberi kurang 1600px X 1600px.
Hasil cetakan OK jika kualiti gambar yang diberi lebih 1600px X 1600px.
Hasil cetakan Baik jika kualiti gambar yang diberi lebih 2300px X 2300px.
Hasil cetakan Berkualiti jika kualiti gambar yang diberi lebih 2900px X 2900px.
Hasil cetakan Kualiti Tinggi jika kualiti gambar yang diberi lebih 3800px X 3800px.
Hasil cetakan Foto Sempurna jika kualiti gambar yang diberi lebih 4200px X 4200px.
Tempoh Siap
Tempahan Pre-Order mengambil tempoh masa 14-16 hari untuk siap manakala tempahan normal mengambil masa yang lebih singkat iaitu 4-7 hari.
Pre-Order
Kenapa tempahan Canvas Photo Frame jenis Pre-Order lebih murah? Pre-Order membolehkan kami mengumpul tempahan lebih ramai pelanggan dan menjalankan proses penghasilan secara sekaligus. Ini menjimatkan masa, bahan mentah, sumber manusia dan pengendalian mesin. Penjimatan-penjimatan ini membolehkan pengurangan kos dan harga dilakukan.
Penghantaran
Anda boleh datang dan ambil sendiri tempahan anda di premis One Heart Print. Tempahan Canvas Photo Frame anda bersaiz sekitar 51 x 51 x 15cm dengan anggaran berat 8kg. Untuk itu mohon datang dan ambil menggunakan kenderaan yang sesuai.
Anda juga boleh memilih penghantaran terus ke rumah atau pejabat. Kami mencetak dan membuat penghantaran ke serata Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Singapore dan Brunei menggunakan khidmat kurier. Penghantaran hari yang sama (setelah tempahan siap) oleh khidmat rider juga disediakan untuk pelanggan sekitar Lembah Klang.