Cara Tempah
Ikut langkah berikut untuk tempah Canvas Photo Frame 13″ x 13″ atau tonton video Cara Tempah.
- Pilih jenis ‘Material’ dan ‘Order Type’.
- Klik ‘Upload Your Art Work’.
- Klik ‘Add Your File’ dan pilih 4 gambar anda.
- ‘Add to Cart‘ dan teruskan dengan pembayaran.
Kualiti Cetakan vs Resolusi Gambar
Kualiti cetakan bergantung kepada kualiti gambar yang anda muat naik. Semak resolusi gambar anda di SINI dan bandingkan dengan panduan berikut:
Hasil cetakan Pecah & Berpetak jika kualiti gambar yang diberi kurang 1080px X 1080px.
Hasil cetakan OK jika kualiti gambar yang diberi lebih 1080px X 1080px.
Hasil cetakan Baik jika kualiti gambar yang diberi lebih 1495px X 1495px.
Hasil cetakan Berkualiti jika kualiti gambar yang diberi lebih 1885px X 1885px.
Hasil cetakan Kualiti Tinggi jika kualiti gambar yang diberi lebih 2470px X 2470px.
Hasil cetakan Foto Sempurna jika kualiti gambar yang diberi lebih 2730px X 27300px.
Tempoh Siap
Tempahan Pre-Order mengambil tempoh masa 14-16 hari untuk siap manakala tempahan normal mengambil masa yang lebih singkat iaitu 4-7 hari.
Pre-Order
Kenapa tempahan Canvas Photo Frame jenis Pre-Order lebih murah? Pre-Order membolehkan kami mengumpul tempahan lebih ramai pelanggan dan menjalankan proses penghasilan secara sekaligus. Ini menjimatkan masa, bahan mentah, sumber manusia dan pengendalian mesin. Penjimatan-penjimatan ini membolehkan pengurangan kos dan harga dilakukan.
Penghantaran
Anda boleh datang dan ambil sendiri tempahan anda di premis One Heart Print. Tempahan Canvas Photo Frame anda bersaiz sekitar 33 x 33 x 10cm dengan anggaran berat 4kg. Untuk itu mohon datang dan ambil menggunakan kenderaan yang sesuai.
Anda juga boleh memilih penghantaran terus ke rumah atau pejabat. Kami mencetak dan membuat penghantaran ke serata Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Singapore dan Brunei menggunakan khidmat kurier. Penghantaran hari yang sama (setelah tempahan siap) oleh khidmat rider juga disediakan untuk pelanggan sekitar Lembah Klang.