Kad Bisnes - Ini Kesilapan Yang Ramai Buat Tanpa Sedar | One Heart Print
Business CardMarketing / Pemasaran

Kad Bisnes – Ini Kesilapan Yang Ramai Buat Tanpa Sedar

By January 17, 2021No Comments

Kad Bisnes Ini Kesilapan Yang Ramai Buat Tanpa Sedar | One Heart Print

Kad Bisnes ialah “kad identiti” bisnes anda. Oleh itu, pastikan 11 kesalahan ini dielakkan sekiranya anda ingin hasilkan kad bisnes yang berkualiti.

Kad Bisnes merupakan alat pemasaran yang sangat penting dengan kos yang rendah dalam perniagaan. Kad bisnes membantu pelanggan untuk ingat anda selepas meeting, dan boleh dijadikan salah satu cara untuk mereka menghubungi anda pada masa hadapan.

Ini kami senaraikan kesilapan yang sering dibuat menyebabkan kad bisnes tidak berfungsi dengan sepatutnya.

  1. Tidak Letak Maklumat Untuk Berhubung
  2. Tiada Alamat
  3. Kad Bisnes Tak Menarik
  4. Kad Bisnes Tak Berkualiti
  5. Kad Misteri
  6. Saiz Pelik
  7. Tulisan Halus & Kecil
  8. Design Berselerak
  9. Tiada Emel Dan Laman Web
  10. Tak Edar Kad

1. Tidak Letak Maklumat Untuk Berhubung

Ini 2 tujuan Kad Bisnes:

Pertama, sebagai alat untuk perkenalkan bisnes anda kepada orang lain, dan

Kedua, Kad Bisnes juga merupakan alat membantu pelanggan berhubung dengan anda.

Tak kiralah secantik mana pun sesuatu Kad Bisnes, jika ia tidak megandungi maklumat penting, kad itu tidak bermakna pada pelanggan.

Maklumat penting yang membantu pelanggan berhubung dengan anda ialah Nama Perniagaan, Nama & Jawatan, Nombor Telefon, Laman Web dan juga Alamat Emel bisnes. Maklumat ini penting dan perlu diletakkan pada Kad Bisnes.

2. Tiada Alamat

Kebiasaannya, perniagaan yang baru bermula dan beroperasi dari rumah tidak suka meletakkan alamat pada kad bisnes mereka. Tapi, pelanggan lebih yakin terhadap bisnes yang dijalankan dengan alamat fizikal.

Jika alamat bisnes tidak dinyatakan, macam-macam persoalan akan timbul, sebagai contoh berapa lama bisnes tersebut dijalankan dan berapa lama bisnes tersebut akan kekal beoperasi. Ini menjejaskan kredibiliti dan kepercayaan terhadap bisnes anda.

Jika anda bekerja dari rumah dan tidak mahu meletakkan alamat rumah dalam kad bisnes anda, gunakan post office box atau alamat pejabat secara virtual.

Sekiranya pilihan tersebut melebihi bajet anda, sebaiknya anda nyatakan bandar atau negeri yang anda tinggal dalam kad bisnes anda. Sekurang-kurangnya pelanggan tahu di mana lokasi  perniagaan anda.

3. Kad Bisnes Tak Menarik

Reka bentuk Kad Bisnes yang “tidak kreatif” dan tiada daya tarikan adalah salah satu kesilapan biasa yang dibuat. Ini merupakan sebab utama Kad Bisnes yang diberi tidak mendapat sambutan. Kad Bisnes yang menarik dan jelas menunjukkan identiti perniagaan anda dapat beri kesan positif yang tak akan dapat dilupakan oleh pelanggan.

One Heart Print berpengalaman luas menyediakan Kad Bisnes profesional untuk bisnes dan syarikat korporat antarabangsa. Naik taraf bisnes anda. Hubungi kami untuk dapatkan Kad Bisnes berkualiti antarabangsa.

 

Tempah Kad Nama Premium Online Malaysia | One Heart Print

4. Kad Bisnes Tak Berkualiti

Saya baru dapat Kad Bisnes rakan. Dia gunakan material korporat yang sedikit mahal untuk mencetak 100 keping kad bisnes. Saya berasa kagum dengan hasil Kad Bisnesnya. Penggunaan warna, fon, dan reka bentuk kad tersebut sangat menarik perhatian. Saya bandingkan pula dengan Kad Bisnes saya yang sangat berbeza kualitinya. Kad saya terasa ringan, dan permukaan kad itu juga hampir terkopek. Dakwat pada tulisan nama syarikat saya juga agak pudar dan dan kusam.

Jangan sesekali berkira untuk berbelanja lebih untuk kad bisnes anda. Kad bisnes yang baik adalah kad bisnes yang diperbuat daripada kertas tebal dan berkualiti, warna yang menarik serta cetakan yang kemas.

Apabila kad bisnes yang dihasilkan tidak berkualiti, secara tak langsung pelanggan akan anggap servis atau produk yang tidak berkualiti. Persepsi yang salah merugikan bisnes.

5. Kad Bisnes “Misteri”

Elak daripada beri kad misteri dan syok sendiri kepada pelanggan. Selain bagaimana cara berhubung dengan anda, perkara yang penting pada prospek pelanggan ialah apa servis atau produk yang anda tawarkan.

Kad bisnes yang bagus membantu pelanggan mengetahui perniagaan anda secara am. Anda boleh senaraikan beberapa produk atau servis utama yang anda tawarkan. Selain itu, anda juga boleh letak sebaris ayat ringkas yang menggambarkan apa yang bisnes anda buat.

6. Saiz Yang Pelik

Saiz kad bisnes yang standard ialah 3.5 x 2.1 inci seperti yang ditawarkan oleh One Heart Print. Saiz kad yang terlalu besar menyukarkan pelanggan untuk simpan kad anda. Manakala saiz yang terlalu kecil pula akan menyebabkan maklumat yang boleh dicetak sangat terhad, sukar dan dibaca dan sering terlepas pandang. Elak dari cetak kad bisnes menggunakan saiz yang pelik dan janggal.

7. Tulisan Halus Atau Kecil

Banyak maklumat boleh dimasukkan ke dalam kad apabila anda gunakan tulisan yang kecil. Sekalipun begitu, ia jadi tidak berguna jika pelanggan sukar baca maklumat yang dicetak.

Kad bisnes yang bagus ialah kad yang menggunakan tulisan bersaiz tak kurang daripada 7 atau 8. Prioritikan maklumat pada kad. Kenalpasti apa maklumat yang utama dan apa maklumat yang kurang penting.

Maklumat yang utama seperti Nama Bisnes dan Nama anda boleh dicetak dengan saiz tulisan yang lebih besar. Ruang pada kad adalah terhad, jadi hanya masukkan maklumat yang penting dan abaikan maklumat yang kurang penting

8. Kad Yang “Berselerak”

Kad bisnes yang menarik tak semestinya perlu mempunyai corak atau maklumat yang pelbagai. Kad bisnes yang terlalu banyak corak atau info yang tak penting menyebabkan ia susah untuk dibaca dan kelihatan tak profesional. Simple is the best.

Susun maklumat yang ingin anda letak dalam kad bisnes. Pastikan maklumat itu betul-betul diperlukan pelanggan untuk tahu tentang bisnes anda.

Jika banyak maklumat yang anda ingin masukkan dalam kad, pertimbangkan untuk letak di bahagian belakang kad. Sebagai contoh, anda boleh letak senarai beberapa servis & produk (bukan semua, hanya yang utama) pada bahagian belakang.

9. Alamat Emel dan Laman Web

Ramai orang lebih suka berhubung menggunakan emel berbanding telefon. Oleh itu pastikan alamat emel yang bersesuaian dimasukkan dalam kad. Alamat emel yang menggunakan nama anda sendiri lebih tampak profesional untuk diletakkan pada kad.

Ada juga pelanggan yang akan mencari maklumat lanjut tentang bisnes anda selepas pertemuan. Kebiasaannya mereka akan ke laman web untuk mengetahui dengan lebih terperinci. Jadi jangan lepaskan peluang untuk bina kepercayaan dengan meletakkan laman web anda pada kad.

Bagaimana dengan media sosial? Seperti namanya, media sosial lebih sesuai untuk aktivti sosial seperti berinteraksi dengan followers. Untuk urusan yang bisnes yang lebih serius dan membina impresi yang betul, laman web mempunyai pelbagai kelebihan berbanding media sosial.

Oleh itu, jika tiada alamat e-mel dan laman web yang dinyatakan dalam kad bisnes anda, anda mungkin akan kehilangan peluang bisnes yang penting.

10. Kad Yang Tak Diedar

Bak kata pepatah inggeris “use it or lose it”.  Gunakan kad bisnes atau anda hilang peluang perniagaan.

Sentiasa pastikan kad bisnes di bawa ke mana-mana sahaja anda pergi. Beri kad bisnes sekiranya perlu. Kad bisnes yang ditawarkan One Heart Print murah dan ekonomikal, jadi jangan teragak-agak untuk beri lebih daripada satu. Anda boleh minta mereka untuk beri pada kenalan mereka yang mungkin perlukan servis atau produk anda. Cubalah, anda pasti akan terkejut dengan impak yang terhasil.

Pada waktu yang tidak mengizinkan untuk anda edarkan kad bisnes secara bersemuka seperti musim pandemik, anda boleh gunakan cara kreatif lain seperti meletakkan kad bisnes anda dalam pakej barangan yang pelanggan anda beli. Sertakan sekali kad ucapan untuk pelanggan, sama ada Kad Hari Lahir, Kad Terima Kasih dan sebagainya.

Invite & Earn

X
Signup to start sharing your link
Signup