
Cetakan Pantas & Mudah Di One Heart Print Copy Centre. Hubungi Kami Di Sini
Sesuai untuk anda dalam bidang arkitek, kejuruteraan dan pembinaan. One Heart Print kini menyediakan khidmat cetak dan fotostat lukisan pelan saiz A0, A1 & A2.
✔ Technical Drawing
✔ Lukisan Pelan
✔ GIS
✔ Warna atau Hitam & Putih
✔ Dari Kertas Saiz A0 hingga A4
Cetakan Pelan Berkualiti Tinggi
Kami menggunakan mesin pencetak pelan yang moden dengan teknologi terkini yang mampu mencetak 180 helai pelan warna A1 dalam masa satu jam. Teknologi percetakan ini akan membuat kerja percetakan anda lebih cepat dengan kualiti yang tinggi tidak kira samada kuantiti anda 1 mahupun 1000 lukisan pelan. One Heart Print mencetak mengikut ukuran ISO standard industri A0, A1, A2, A3, A4. Mohon maklumkan kepada kami jika fail yang anda beri berbeza daripada ukuran standard ini, kami akan mengubah saiz fail anda mengikut kesesuaian ukuran ISO standard yang anda.
Jenis Kertas Yang Ada
Lukisan pelan anda boleh dicetak berwarna atau hitam putih di atas kertas pelan berkualiti 80gsm menggunakan pencetak pelan inkjet berketepatan tinggi. Pelbagai jenis kertas lain juga tersedia antaranya kertas tracing, coated, glossy dan linen.
Khidmat Lipatan
Kami juga menyediakan khidmat lipat untuk lukisan pelan anda. Maklumkan kepada kami sekiranya anda memerlukan khidmat ini. Kami akan melipat cetakan anda ke ukuran A4 dari ukuran A3, A2, A1 dan A0. Buat masa ini hanya cetakan pelan pada kertas 80gsm standard sahaja yang boleh dilipat.