Pilihan Binding Untuk Buku

Dengan peralatan moden dan terkini, kami tawarkan pelbagai
pilihan penjilidan (binding) buku khas untuk anda.

Perfect Bound

Perfect Bound adalah pilihan binding yang menggunakan gam perekat dan tidak melibatkan sebarang jahitan. Ini merupakan kaedah binding yang paling biasa untuk buku. Buku Perfect Bound dan Glue Binding tidak boleh dibuka Layflat.

Hardcover Casebound

Jilid kekulit keras (case binding) memberi penampilan yang lebih elegan dan kukuh berbanding buku Perfect Bound. Bergantung pada permintaan, halaman buku boleh dijahit mengikut seksyen membolehkan halaman dibuka menjadi Layflat.

Saddle Stitching

Setiap helaian dilipat dihimpunkan bersama. Ia kemudian dicantum mengikut garisan lipatan dengan dawai pengokot (staples) khas. Ini merupakan pilihan binding yang paling ringkas dan cepat

Wire-O-Bound

Binding Wire-O-Bound memberikan penampilan profesional dan  membolehkan buku dibuka Layflat sepenuhnya atau dilipat semula ke belakang. Ini kelebihan yang tidak ada pada kaedah binding yang lain

OTHER BOOK BINDING & FINISHING

Board Book Binding

Kadbod tebal dilekat bersama-sama dan kebiasaannya mempunyai bucu sudut yang lengkung. Setiap halaman boleh dibuka layflat dengan baik tanpa ada sebarang masalah. Ketebalan setiap halaman pada kebiasaannya sekitar 1mm dan paling maksimum setebal 1.5mm.

Thread Stitch Binding

Kami menawarkan pelbagai jenis Thread Stitch Binding yang juga sesuai untuk penampilan  tradisional. Satu baris jahitan yang sederhana dapat mengekalkan halaman bersama-sama  sehingga buku siap dengan baik dan paling penting— bergaya.

Ota-Bind

Satu lagi pilihan yang membolehkan buku jenis softcover atau paperback boleh dibuka Layflat. Kaedah binding ini mengelak tekanan pada bahagian tetulang (spine) belakang buku dan  mengurangkan rekahan.

Layflat

Buku akan “baring secara rata” di atas meja, membolehkan anda menekan buku tanpa  merosakkan tetulang, menjadikan buku boleh dibuka secara 180°. Hasil ini boleh diperoleh dengan kaedah Smyth Sewn,  Wire-O bindingSaddle Stitching, Board Book binding, Thread Stitch binding dan juga Ota-bind.

Head & Tail Bands

Potongan kain berwarna yang kecil dilekatkan di bahagian atas dan bawah tetulang buku kulit keras (hardcover).

Smyth Sewn

Setiap seksyen yang mengandungi 16 atau 32 halaman dilipat dan dijahit. Kemudian kesemua seksyen akan dikumpul, dijahit dan digam bersama pada bahagian tetulang. Ini membolehkan buku dibuka dengan rata tanpa merosakkan tetulang. Ini adalah salah satu kaedah binding Layflat yang sering digunakan.
MUDAH . CEPAT . JIMAT

Cetak Buku Dengan One Heart Print

Shopping Cart
Open chat
Perlukan Bantuan?
Hi. Perlukan Bantuan?