Sampul Raya

Cara Tempah Sampul Raya Design Sendiri

By March 27, 2019 No Comments
Cara Tempah Sampul Raya Desgin Sendiri | One Heart Print

Di One Heart Print, anda boleh tempah Sampul Raya sama ada menggunakan ready-made design yang disediakan mahupun menggunakan design anda sendiri.

Artikel ini akan membantu anda memahami cara membuat tempahan Sampul Duit Raya menggunakan design anda sendiri.

Tiada Design Sendiri?

Langkau Artikel & Lihat Design Yang Tersedia. Hanya Pilih & Masukkan Logo.

Klik Sini

Tempah Sampul Raya Design Anda Sendiri

[1]

Download Fail Template

Saiz yang  digunakan untuk tempahan Sampul Raya saiz standard ialah 154 mm x 79.5 mm.

Fail Template Sampul Raya untuk saiz standard telah kami sediakan dan boleh dimuat turun di sini.

Template ini mengandungi spesifikasi seperti Bleed, Trim & Safe Area untuk memudahkan anda menghasilkan design. Ambil perhatian! Padamkan kesemua guideline di dalam template sebelum anda menghantar fail artwork kepada kami.

Untuk tempahan saiz custom pula, pastikan bleed area anda mencukupi untuk proses potong dan lipat. Secara umum, bleed area anda mestilah 6 mm lebih besar daripada saiz sebenar. Penuhkan latar belakang artwork ke keseluruhan bleed area. Ini untuk mengelakkan latar berwarna putih pada sampul raya anda setelah proses die-cut dilakukan.

[2]

Gunakan Template Untuk Design

Design Sampul Duit Raya  anda menggunakan fail template yang telah kami sediakan. Pastikan:

✔️ Kesemua elemen penting berada dalam safe area.

✔️ Latar design/artwork memenuhi bleed area.

✔️ Mod warna yang digunakan ialah Mod CMYK.

✔️ Resolusi yang digunakan tidak kurang 300dpi.

✔️ Kesemua teks telah di ‘Outline’ bagi mengelak berlaku missing font.

✔️ Komposisi warna tidak lebih 240%.

 

[Baca artikel Senarai Semak Design Untuk Percetakan]

[3]

Hantar Design

Emelkan design anda dalam format .ai / .pdf (yang telah di’outline) ke sales[at]oneheartprint.com untuk semakan. Atau untuk lebih mudah, muat naik sahaja design anda di sini.

[4]

Tunggu Pengesahan

Design anda akan disemak oleh pasukan terlatih kami. Anda akan dimaklumkan tentang status design / artwork anda samada ia menepati spesifikasi percetakan atau perlukan pembetulan.

[5]

Buat Bayaran

Buat bayaran mengikut amaun seperti yang dinyatakan. Bayaran boleh dibuat secara pindahan dalam talian (online transfer) dan juga menggunakan kad kredit/debit. Hubungi kami untuk bantuan dan pertanyaan.

[6]

Tunggu Sampul Raya Siap!

Sampul Raya pada kebiasaannya mengambil masa 7 – 10 hari untuk siap dicetak. Jika anda memilih khdimat penghantaran ke pejabat atau rumah, anda hanya perlu tunggu Sampul Raya dihantar kepada anda. One Heart Print menyediakan khidmat penghantaran melalui kurier ke serata Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunie & Singapore.

Manakala jika anda memilih untuk mengambil sendiri di One Heart Print, anda boleh datang ambil pada tarikh yang telah ditetapkan. Kami sarankan anda hubungi kami sebelum datang mengambil tempahan. Lihat lokasi One Heart Print.

Pertanyaan Sampul Raya

OneHeartPrint.com

Klik untuk buat pertanyaan Sampul Raya secara dalam talian.

Whatsapp

Klik untuk bertanya terus kepada kami tentang Sampul Raya melalui aplikasi WhatsApp.

Navigasi

Klik untuk datang terus ke One Heart Print. Buka 7 hari seminggu, Isnin hingga Ahad.