Pemasaran & Pengiklanan

Cara Bijak Menggunakan Kad Nama

By July 24, 2019 No Comments
Cara Bijak Menggunakan Kad Nama Blog | One Heart Print

Kad Nama adalah salah satu alat yang paling berharga untuk bisnes anda mendapat lebih banyak rujukan (referral). Kad Nama adalah alat pemasaran yang bebaloi untuk anda labur. Ia padat, mudah digunakan selain kosnya sangat murah.

Beberapa perkara yang dilakukan kad nama anda ialah:

  • Beritahu orang nama dan perniagaan anda
  • Memberi prospek cara untuk menghubungi anda
  • Berikan orang rasa nilai, kualiti dan keperibadian anda melalui rekabentuk kad

Dua fungsi utama Kad Nama ialah (1) mendapatkan bisnes daripada orang yang anda berikan kad DAN (2) mendapatkan nama anda dirujuk kepada orang lain oleh orang yang anda berikan kad.

Untuk itu, mari kita lihat cara paling berkesan untuk menggunakan kad nama anda.

Pastikan Kad Anda Sentiasa Sedia Dan Boleh Diakses dalam Setiap Situasi. Pendek kata, jangan tinggalkan rumah tanpa kad anda! Simpan kotak kecil kad anda di dalam kotak kereta anda, ada ketika anda akan memerlukan lebih kad daripada yang anda bawa di dalam poket atau dompet. Selain poket jaket, selitkan kad anda dalam beg, dompet dan beg laptop.

Sentiasa lihat baki kad nama anda. Tempah kad nama anda sebelum ia habis. Sekiranya kad anda habis, One Heart Print buka 7 hari seminggu, Isnin – Ahad. Kad Nama anda sedia untuk dicetak tidak kira hari kerja atau hari minggu. Hubungi One Heart Print melalui borang pertanyaan online atau hubungi terus kami di 03 6177 4260.

Cari peluang untuk bertukar kad nama. Terdapat banyak peluang di mana anda boleh berikan kad anda kepada bakal pelanggan atau pelanggan sedia ada. Setiap mesyuarat dan janji temu, berikan kad anda. Tidak kira samada kepada orang yang pertama kali anda jumpa mahupun yang telah lama anda tidak jumpa. Dalam acara sosial seperti makan malam dan majlis rasmi, pastikan anda mempunyai kad nama yang banyak. Ini adalah tempat yang sangat sesuai untuk meluaskan jaringan rangkaian anda.

Konvensyen, ekspo dan pameran merupakan salah satu tempat utama untuk anda saling bertukar kad nama. Para vendor di pameran perdagangan sangat mengalu-alukan anda untuk mengambil kad mereka. Pastikan anda tak lepaskan peluang memberi kad nama anda kepada mereka.

Mesyuarat dan acara antarabangsa di luar negara merupakan satu peluang untuk memberikan kad perniagaan anda. Jika ia tidak mendatangkan manfaat sekarang, ia mungkin memberikan anda peluang perniagaan di kemudian hari. Pertimbangkan untuk mencetak kad nama anda dengan dua sisi (hadapan & belakang), dengan bahasa Inggeris di satu belah dan bahasa negara tuan rumah acara di sebelah yang lain.