Sampul Raya

6 Kategori Design Sampul Raya 2020

By March 18, 2020 March 19th, 2020 No Comments
6 Kategori Design Sampul Raya 2020 | One Heart Print

Bulan puasa semakin hampir, jadi anda pun mula membuat checklist di dalam otak. “Baju raya satu famili dah tempah, kuih raya untuk diberi kepada semua staf dah tempah… Alamak, belum print sampul duit raya!”

 

Jangan sampai terlupa, sampul duit raya tu sama penting dengan persiapan Hari Raya yang lain tau! Hari pemberian duit raya oleh pihak pengurusan adalah hari yang paling dinantikan oleh semua staf di mana-mana syarikat. Sanggup beratur panjang untuk dapatkan duit raya daripada top management

 

Belum masuk lagi nak bagi satu bundle sampul raya syarikat untuk diberi kepada semua staf dan pelanggan sebagai hadiah. Bayangkan jika semua orang yang terima sampul duit raya syarikat menggunakan sampul tersebut dan memberi duit raya pada orang lain. Wow! Bertambah luas marketing syarikat anda.

 

“OK… Saya tahu saya perlu tempah sampul raya sekarang. Tapi nak tempah desain yang macam mana?”. Usah risau, dalam posting kali ini kami akan ceritakan tentang 6 Kategori Design Sampul Raya Trendy 2020. Jom baca! 

 

1. Kategori “Colours”

Kategori “Colours” boleh dikatakan sangat evergreen. Tiap-tiap tahun pasti ada permintaan. Desain tema ini berkonsep “colour block” di mana ia sangat digemari oleh para pelanggan One Heart Print yang ingin mempamerkan keceriaan dalam branding mereka. 

[Baca 3 Sebab Untuk Beri Sampul Raya Kepada Pelanggan]

2. Kategori Floral

Design Sampul Raya Floral ini memang sweet sangat, sesuai jika staf anda ramai perempuan atau jika syarikat anda menjual produk feminin. Konsepnya yang nampak “simple” di bahagian hadapan tetapi menampilkan lebih banyak corak bunga dan berwarna lembut di bahagian belakang pasti membuat hati si penerima berbunga-bunga! Kalau anda nak background colour depan dan belakang sama pun boleh. Pilih sahaja salah satu daripada pelbagai pilihan warna dalam kategori ini! 

 

3. Kategori Joy

Ceria betul desain ini! Sesuai untuk syarikat-syarikat dalam industri profesional yang ingin mempamerkan sisi keceriaan di musim perayaan. Masih tampak profesional, desain Sampul Raya Joy ini seperti membayangkan imej syarikat sebagai “work hard, play harder”!

[Anda tahu? One Heart Print Buka 7 Hari Seminggu]

4. Kategori Polygonal

Inginkan desain sampul duit raya yang tampak formal dan mengetengahkan sisi kebijaksanaan syarikat? Anda digalakkan memilih kategori “Polygonal”. Berkonsepkan corak geometri, desain ini pastinya menambahkan lagi keyakinan para pelanggan anda untuk meneruskan bisnes bersama anda! 

 

5. Kategori Lacy

Jika anda perlukan desain yang simple tetapi tampak “femininely elegant”, anda boleh pilih konsep “Lacy”. Desain yang memberi fokus kepada corak lace dan gabungan warna yang menarik ini menjadikan konsep “Lacy” pilihan utama bagi syarikat dalam industri fesyen. 

[Anda ada design sendiri? Baca Cara Tempah Sampul Raya Design Sendiri]

6. Kategori Mandalas

Cantik betul desain dan gabungan warna konsep “Mandalas” ini! Konsep ini bertemakan corak mandala dan digabungkan dengan sebahagian lagi desain sampul yang “plain”. Tidak hairan kategori sampul duit raya ini menjadi pilihan utama bagi syarikat-syarikat yang ingin menampilkan sisi kreatif mereka!

 

Sekarang dah jelas tentang desain sampul duit raya mana yang sesuai dengan imej syarikat anda? Jangan berlengah, jom layari https://www.oneheartprint.com/tempah-sampul-duit-raya-aidilfitri/ dan tempah sampul duit raya dengan One Heart Print sekarang! 

 

Mahu Lebih Lagi?

Lihat secara penuh Koleksi Design Sampul Raya One Heart Print.

 

Anda juga boleh hubungi 0361774160 untuk pertanyaan lanjut.